ARCA LESTARI SEPANG: IKON PELANCONGAN MESRA ALAM DI BAGAN LALANG

Tarikh: 01/04/2026
img

31 Mac 2026, Selasa - Program pembangunan Arca Lestari Sepang ini dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama SWCorp sebagai inisiatif memperkasa kesedaran alam sekitar melalui pendekatan kreatif berasaskan bahan terpakai. Pembangunan arca kitar semula ini bukan sahaja memperindahkan kawasan tumpuan pelancongan, malah berperanan sebagai medium komunikasi visual yang menonjolkan kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta nilai sisa sebagai sumber yang boleh dimanfaatkan.

Majlis Perbandaran Sepang menyokong penuh pelaksanaan inisiatif ini yang menjadikan Bagan Lalang sebagai ikon pelancongan mesra alam. Pendekatan ini selari dengan usaha mempromosikan amalan 5R iaitu Refuse, Reduce, Reuse, Recycle dan Recover dalam kalangan masyarakat, sekali gus menggalakkan gaya hidup lestari serta meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan dan kelestarian persekitaran.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Ahli Parlimen Sepang, YBrs. Tuan Khalid bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp serta YBrs. Dr. Ani binti Ahmad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, sebagai tanda sokongan padu terhadap usaha memperkukuh kelestarian alam sekitar dan menjadikan Sepang sebagai destinasi pelancongan yang bersih, hijau dan mampan.

Melalui inisiatif ini, masyarakat diseru untuk bersama-sama mengamalkan gaya hidup lestari serta melihat sisa sebagai satu potensi yang boleh diolah menjadi sesuatu yang bernilai demi kesejahteraan generasi akan datang.

Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Sepang 

Radio MPSepang
Semarak Harimu