Festival Melon Selangor Agro Green 2026

Tarikh: 21/07/2026
img

Jabatan Pertanian Negeri Selangor akan menganjurkan Festival Melon & Selangor Agrogreen 2026 pada 24 hingga 26 Julai ini di Pusat Teknologi Melon Selangor, Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat, sebagai platform memperkenalkan teknologi, inovasi serta potensi industri pertanian kepada masyarakat.

Festival yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam itu menghimpunkan pelbagai pengisian menarik termasuk pameran pertanian, jualan melon Selangor, jualan input pertanian dan produk industri kecil dan sederhana (IKS), selain taklimat pertanian serta demonstrasi teknologi yang memberi manfaat kepada petani, usahawan dan orang ramai.

Pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti serta pertandingan yang disediakan sepanjang tiga hari penganjuran, sekali gus menjadikan festival ini sebagai destinasi sesuai untuk seisi keluarga mendapatkan ilmu, menikmati hasil pertanian tempatan dan merasai pengalaman lebih dekat dengan sektor agromakanan. Maklumat aktiviti di ruang komen.

Penganjuran festival ini juga mencerminkan komitmen Jabatan Pertanian Negeri Selangor dalam memperkukuh pembangunan sektor pertanian melalui perkongsian teknologi, pengembangan pertanian serta promosi produk tempatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan industri agromakanan.

Orang ramai, khususnya warga Selangor dan kawasan sekitar, dijemput hadir bagi memeriahkan Festival Melon & Selangor Agrogreen 2026 serta menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang program berlangsung.

Sumber: Facebook Jabatan Pertanian Malaysia 

Radio MPSepang
Semarak Harimu