Kontinjen Golf MPSepang Juara bagi Karnival Sukan MALA 2026

Tarikh: 21/04/2026
img

18 April 2026 (Ahad), Genting Highland - Tahniah dan syabas diucapkan kepada kontinjen Majlis Perbandaran Sepang atas kejayaan cemerlang muncul sebagai Juara Acara Golf dalam Karnival Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat berpasukan, komitmen tinggi serta kesungguhan para pemain yang telah memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

Keputusan rasmi acara golf adalah seperti berikut:

🥇 Juara – Majlis Perbandaran Sepang

🥈 Naib Juara – Majlis Perbandaran Kuala Selangor

🥉 Tempat Ketiga – Majlis Perbandaran Selayang.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh kontinjen Majlis Perbandaran Sepang untuk terus melakar kecemerlangan dalam acara-acara seterusnya.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemain dan pegawai yang telah mengharumkan nama organisasi 

Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Sepang 

Radio MPSepang
Semarak Harimu