SHAH ALAM, 8 APRIL: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dijayakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di enam lokasi hari ini.
Jualan murah itu menawarkan ayam seekor (RM10), daging pejal (RM10/pek), telur jenis B (RM9 sepapan), ikan (RM6.50/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM12).
Turut dijual ialah tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM14.00) dan lampin bayi pakai buang (RM8).
Empat lokasi JER dianjurkan dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari iaitu di DUN Tanjung Sepat, Sekinchan, Meru, Batu Tiga manakala DUN Kuang dan Taman Templer bermula dari jam 3.30 hingga 6.30 petang.
Enam lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) pada 8 April 2026. Foto Facebook Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor - PKPS
Pada 2023, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.
Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.
Sumber: Media Selangor