MP Sepang rangkul Honour Award 2025 bagi Kategori Landscape Research Awards - MLAA15

Tarikh: 27/05/2025
img

24 MEI 2025 (SABTU), HOTEL RENAISSANCE, KUALA LUMPUR - Jabatan Perancangan Bandar Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) telah terlibat dalam pertandingan Malaysian Landscape Architecture Awards (MLAA15),yang dianjurkan oleh pihak Institute Landscape Architecture Malaysia (ILAM) di dalam bahagian Researcher Category : Landscape Research Awards.

Jabatan Perancangan Bandar MPSepang telah memenangi Honour Award 2025 bagi kajian bertajuk Conservation Of The Sri Banting Dredge and The Development Of The Tin Mining Heritage Park In Dengkil@ Sepang.

Kajian tersebut menerangkan bahawa kapal korek merupakan lambang penting dalam sejarah perlombongan bijih timah negara, dan bukan sahaja mencerminkan kemajuan teknologi perlombongan pada zamannya. Malah, menjadi bukti warisan industri yang membentuk ekonomi dan pembangunan negara.

Pembangunan Taman Warisan Lombong Bijih Timah Negara berperanan penting dalam memelihara warisan ini dengan mengubah tapak perlombongan lama menjadi pusat pelancongan bersejarah dan pendidikan. Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sejarah industri bijih timah serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat melalui pelancongan warisan.

Sumber: Facebook Radio MPSepang 

Radio MPSepang
Semarak Harimu