Majlis Perbandaran Sepang (MPS) kini melaksanakan operasi bagi mengesan dan mengutip tunggakan cukai taksiran daripada pemilik rumah, kedai dan syarikat di kawasan Sepang.
Tujuan operasi ini adalah untuk memastikan semua hasil cukai dapat digunakan semula bagi kemudahan awam serta pembangunan kawasan kita.
Operasi dijalankan di luar waktu pejabat termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum (sebelum 7 malam).
Pasukan akan hadir ke premis bagi menyemak rekod, mendapatkan maklumat pemilik serta membantu rundingan bayaran tunggakan
Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), pemilik yang gagal menjelaskan cukai taksiran pada masa ditetapkan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Bayarlah cukai taksiran anda tepat pada masanya demi kemudahan, kebersihan dan kesejahteraan bersama!
#MajlisPerbandaranSepang #KitaSelangor #MalaysiaMADANI #CukaiTaksiran #Sepang
Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Sepang